Monday, April 20, 2015

Jom belajar ungkapan yang biasa digunakan dalam Bahasa Arab

Jom belajar ungkapan yang biasa digunakan dalam Bahasa Arab


terima kasih - syukran (شكرًا )

sama sama - afwan ( عفواً )
saya minta maaf - aasif ( آسف )
baiklah - hasanan ( حسناً )
mungkin - rubbama (ربّما )
awas! - intabih ( انتبِه )
berhati hatilah - ihzar ( احذر )
jangan lupa - la tansa ( لا تنسىٰ )
samiinun - gemuk ( سمين )
Tawiilun - panjang ( طويل )
Qasirun - pendek ( قصير )
khofiidhun - rendah ( خفيض )
nahiifun - kurus ( نحيف )
yaum - hari ( يوم )
usbu' - minggu ( أسبوع )
syahr - bulan ( شهر )
sanah - tahun ( سنة )
semoga berjaya ..

Ucapan dalam bahasa arab .


Selamat malam - laila sa'edah ( ليلة سعيدة )
sobahul khair - selamat pagi ( صباح الخير )
ucapan balas sobahul khair - sobahannur ( صباح النور )
semoga berjaya - bittaufiq wannajah ( بالتوفيق والنجاح )
salam ukhuwah - salam perkenalan ( سلام اخوة )
jazakallahu khairan - semoga Allah membalas jasamu ( جزاك الله خيرا )
tobat masauk - selamat tengahari ( طابت مساؤك )
azhoma allahu ajrak - semoga Allah memuliakan amalan kamu ( عظّم الله أجرك )
uhibbuki - saya sayang awak (perempuan) ( أحبكِ )
uhibbuka- saya sayang awak (lelaki) ( أحبكَ )
semoga berjaya ..

Ganti nama/personal pronouns


..aku/saya - ana ( أنا )
..kamu (lelaki) - anta ( أنتَ )
..kamu (perempuan) - anti ( أنتِ )
..dia (lelaki -seorang ) - huwa ( هُوَ )
..dia (perempuan-seorang) - hiya ( هِيَ )
👬👭..dia (lelaki/perempuan -2orang) -huma ( هماَ )
👬👬..dia (lelaki -3 dan ke atas) - hum ( هُمْ )
👭👭..dia (perempuan-3 dan ke atas) - hunna ( هنَّ )
👪..kami - nahnu ( نحنُ )
..kalian (ramai) - antum ( أنتم )
..mereka - hum ( هُمْ )
 ..cantik = jameelah ( جميلة )
..buruk = qabih ( قبيح )
..Bersih = nadziifun ( نظيف )
..Malas = kaslaan ( كسلان )
📚..Ata'allamu = saya belajar ( أتعلم )
..a'kulu = saya makan ( أكل )
🍹..Asyrobu = saya minum ( أشرب )
..Aqrou = saya membaca ( أقرا )
..aktubu = saya menulis ( أكتب )
🚶..Atakallamu = saya berbicara ( أتكلم )
..Amsiku = saya memegang ( أمسك )
..A'malu = saya mengerjakan ( أعمل )
..Albasu = saya memakai ( ألبس )
🚦..Toriiqon = jalan ( طريق )
..Baytun = rumah ( بيت )
✏..Mirsamun = pensil ( مِرسم )
✒..Qolamun = pen ( قلم )
🚫..Mimsahatun = pemadam ( ممسحة )
..Mishbaahun = lampu ( مصباح )
📋..Sabbuurotun = papan tulis ( سبورة )
..Kaifahaluka- apa khabar (lelaki) ( كيف حالكَ )
..Kaifahaluki- apa khabar (girl) ( كيف حالكِ )
..Askunu fi- saya tinggal di ( أسكن في )
🙈..Umri- umur saya ( عمري )
😀..Masmuki? Siapa namamu (untuk perempuan) ( ما اسمكِ )
..Masmuka? Siapa namamu (untuk laki2) ( ما اسمكَ )
..Ana tilmiidzatun = saya seorang murid (untuk perempuan) ( انا تلميذة )
..Ana tilmiidzun = saya seorang murid (untuk laki2) ( انا تلميذ )
😴..Ahlam Saiidah = semoga mimpi indah ( احلام سعيدة )
..Syafakallah-smoga Allah menyembuhkan kamu ( شفاك الله )
smoga bermanfaat

♪BELAJAR BAHASA ARAB♪

👭*Ukhwahfillah = Pshabatan Krna Allah ( اخوة في الله )
*Ukhtin = Kakak @ Saudara Perempuan ( اخت )
*Akhun = Abang @ Saudara Lelaki ( أخ )
*Zauj = Suami @ Pasangan (L) ( زوج )
👰*Zaujah = Isteri @ Pasangan (P) ( زوجة )
*Aasif Jiddan = Saya minta maaf sangat2 ( آسف جداً )
*Ukhwahfillah Abadan Abada = Psaudaraan krna Allah Selama2nya ( اخوة في الله أبداً ابدا )
*Fa'idza 'Adzamta fatawakkal 'alallah = Stelah kmu brazam maka bertawakallah pd Allah ( فإذا عزمت فتوكل على الله )
*Inni Akhafullah = Ssguhnya aku takutkan Allah (إني أخاف الله)
*Maafi Qalbi Ghairullah = Tiada di hatiku selain Allah ( مافي قلبي غير الله )
😅*Lau Samahta = Maafkan saya ( لَو سمحتَ )
*Naltaqi Ghadan = Kta jmpa esok ( نلتقي غداً )
*Illalliqa' = moga bertemu lagi ( الى اللقاء )
*Syafakallah = moga Allah myembuhkan awak (L)(شفاكَ الله)
*Syafakillah = moga Allah myembuhkan awak (P) (شفاكِ الله)
💁*Tafaddhol = Silakan (تفضّل )
🙅*La Aadri = Saya Tak Tahu ( لا أدري )
🙆*Maa fii Musykilah = tiada masalah ( مافي مشكلة )
*Jazakallahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kbaikan (L) ( جزاكَ الله خيراً كثيراً )
*Jazakillahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (P) ( جزاكِ الله خيراً كثيراً )
*Jazakumullahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (L&P) جزاكمُ الله خيراً كثيراً )
*Wa iyyaka (L) = Dan utkmu jua. Blasan utk ucapan ( وإياك)
*Wa iyyaki (P) = dan utkmu jua. Blasan utk ucapan( وإياكِ )
*Allahukhairul jaza' = Allah adalah Sebaik-baik Pemberi ( الله خير الجزاء )
😎*Fahimtum? = Adakah kalian faham.? ( فهمتم )
*Fahimna = Kami telah faham ( فهمنا )
*Ijhad wala taksal = Bsguh2 dn jgnlah kmu malas ( اجهدْ ولا تكسلْ )
*La Tahzan Innallaha Ma'ana = Jgnlah bsdih, Ssguhnya Allah bsma kita ( لا تحزنْ انا الله معنا )
*Kafaa Bilmauti waa'izhan = Cukuplah kmatian itu mjadi pringatan ( كفى بالموت واعظاً )
*Bi idznillah = Dgn izin Allah ( بإذن الله )
😀*InshaAllah kull khayr ! Aamiin = inshaaAllah smuanya baik,Aamiin ( إن شاء الله كل خير. آمين )
*Barakallahu Fiik = Smga Allah mrahmati kamu/mbrkati kamu ( بارك الله فيك )
*Masa ul khair = slmt ptg ( مساء الخير )
*Na'am = Ya ( نعم )
😬*Yallah2 bisura'h = mari2 cpat (lekas2) ( يالله بسرعة )
*Ismahli ya ustaz/ustazah = Tumpang tanya wahai Ustaz/Ustazah ( اسمحلي يا أستاذ/أستاذة )
*Uridu an azhaba ilal dauratul miah = Blhkah sy ingin ke bilik air ( أريد أن أذهب الى دورة المياة
🎂*Sanah Helwah = Slmt hr jd ( سنة حلوة )
*Ana Aidon = Saya Juga ( أنا أيضاً)

Tuesday, April 14, 2015

DrMAZA

(Membongkar Kisah Mufti Perlis Yang Kita Tidak Ketahui.Baca Sampai Habis)

- Ayah Dr Maza atau lebih dikenali sebagai paklong menceritakan kisah anak beliau iaitu Profesor Madya Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin ataupun lebih dikenali sebagai Dr Maza yang merupakan mufti negeri perlis....

- Ketika itu Dr Maza menjadi pensyarah di USM.Beliau dijemput untuk menjadi mufti di negeri perlis.Beliau menolak jawatan itu .Kemudian beliau di desak berkali kali.Akhirnya beliau terpaksa menerima jawatan itu.Selepas itu beliau balik ke rumah mengadu sambil menangis menceritakan kisah mengenai jawatan tersebut kepada emak kandungnya sendiri "bala apa lah yg datang...jawatan ini terlalu berat untuk saya"

- Ketika beliau menjadi mufti.beliau melawat ke semua masjid termasuk di kampung-kampung.Di sana beliau mempunyai musuh.Orang -orang yg membenci beliau mengatakan Dr Maza wahabi dan sesat,,,dan mereka mencipta kisah palsu kononnya Dr Maza menampar tangan tok imam sebab berdoa beramai ramai lepas solat......

- Ada seorang ustaz mendengar kisah ini.Kemudian ustaz ini bercerita dalam kuliahnya di perak.Ustaz itu mgatakan di perlis ada mufti yg bahaya membawa ajaran sesat dan biadap menampar tok imam yg berdoa.Dalam kuliah ustaz itu ada emak saudara Dr MAZA. Emak saudaranya terus menelefon keluarga Dr MAZA untuk mengetahui perkara sebenar..DrMAZA menjawab dia tak pernah pula tampar orang.."kalau salam dgn org tu selalu la..habaq org mana yg sy tampar..boleh sy pi mintak maaf kat dia kalau betul benda nie berlaku"....

- Emak saudara Dr Maza pergi berjumpa ustaz yang menuduh Dr Maza itu lepas kuliah.Emak saudaranya berkata sambil mengalir air mata "ustaz tau tak sapa mufti perlis yg ustaz kata sesat dan biadap tu...dia anak saudara sy..sy jaga dia dulu waktu kecik..dia xpernah pukul orang...sy nk ustaz cakap sapa orang yg Dr MAZAtampar...bleh dia pi mintak maaf".Selepas kejadian tersebut ustaz itu dah x bagi kuliah di masjid tersebut.

- Seperti mana yang kami update sebelum ini,Drmaza juga antara orang yang alim di dalam bidang Hadis dan Fiqh 4 mazhab.Kitab hadis karangan beliau mengenai asbabul wurud telah dicetak di Beirut Lubnan.Kitab karangan beliau telah dijual di negara arab.Yang lebih mengejutkan lagi,kitab hadis karangan beliau dijadikan sebagai silibus universiti di negara timur tengah.

- Dr Maza juga berguru dengan ulamak tafsir yang terkemuka di Jordan iaitu Sheikh Solah Abdul Fattah al-Kholidi.Selain itu,DrMAZA juga antara yang mahir dalam perdebatan.Dahulu ada seorang mufti di Malaysia,beliau tewas ketika berdebat dengan syiah.Selepas itu mufti tersebut meminta DRMAZA untuk menggantikan beliau berdebat dengan syiah itu.DRMAZA hanya membawa beberapa helai nota manakala syiah itu membawa kitab yang banyak.

- Di akhir perdebatan,merah muka ulamak syiah itu kerana tidak dapat membalas hujah DRMAZA. Ini debat tertutup,jadi tiada video.Beliau juga berdebat dengan Astora Jabat untuk mempertahankan pegangan ahlus sunnah.Debat ini ada dirakam di youtube.Kita selalu menuduh orang itu dan ini wahabi.Tetapi apabila hendak berdebat dengan orang yang menentang ISLAM, orang yang dituduh wahabi itu lah kita minta pertolongan daripadanya

Friday, April 10, 2015

Kisah Allah Menciptakan Jibrail A.S


Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa,

“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

 

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah,

“Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”

 

 

Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail,

“Tidak”.

Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya,

“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.

Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah,

“Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”

Maka Allah berfirman yang ertinya,

“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.

Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.

Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata,

“Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”

Maka Allah pun berfirman,

“Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.

Sabda Rasulullah,

“Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.

Kata Rasulullah lagi,

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.

“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.

Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?

Rujukan: Himpunan kisah-kisah teladan