Wednesday, February 25, 2015

7 Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan masing-masing.

Keluhan wanita pertama: "Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang."

Keluhan wanita kedua: "Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar ke mana-mana pun, tak bagitau kami takpe pulak."

Keluhan wanita ketiga: "Jika kita ikut faraid (pembahagian harta pusaka mengikut Islam), ikut surah al-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?"

Keluhan wanita keempat: "Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita. Masa nak beranak, kita yang tanggung sendiri!"

Keluhan wanita kelima: "Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"

Keluhan wanita keenam: "Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa?"

Keluhan wanita ketujuh: "Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak."

Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya, mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan di atas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu sambil tersenyum, seraya menjawab setiap satu daripadanya.

Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab: "Cik adik, Islamlah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang paling aman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki."

Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab: "Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri pula tidak perlu lagi. Taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa yang anda lakukan."

Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab: "Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia."

Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab: "Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga!!"

Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab: "Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki. Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda."

Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab: "Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah SAW lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai, tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula, hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan……. taat pada suami anda. Itu saja."

Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab: "Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu."

Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula: "Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?"

Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, "Masya-Allah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!"

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya, malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

"Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Monday, February 23, 2015

CARA-CARA BERDOA

CARA-CARA BERDOA

Selain daripada berdoa dengan mengangkat tangan ketika solat atau luar solat, ada pelbagai bentuk cara berdoa yang boleh dipraktikkan.
Ia tidak tertakluk dan terhad kepada doa ketika solat sahaja, malah aktviti berdoa boleh jadi dalam pelbagai bentuk.
Jangan jadikan syarat berdoa terlalu ketat seperti mengangkat tangan, perlu ada selawat sehinggakan kadang-kadang membuatkan kita malas untuk berdoa. Konsep berdoa itu sepatutnya lebih luas kerana sesungguhnya Allah itu maha mengetahui setiap hajat hamba-Nya.

#1 – Berbual Dengan Allah s.w.t

“Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.”
An-Nisa’ 4:148-149
Apa yang kita cakap boleh menjadi doa, terutamanya apabila diniatkan dari hati yang terdalam. Antaranya apa yang ibu cakap berpotensi menjadi doa yang paling cepat dimakbulkan.

Dalam seharian, praktikkan berdoa dengan berbual dengan Allah s.w.t sebagaimana kita bercakap dengan rakan kita. Sentiasalah bercakap dengan Allah s.w.t, apa yang kita mahu dan hajati.

#2 – Apa Yang Kita Rasa

Dengan perasaan, ia akan membuat kita melakukan tindakan. Dengan berasa gembira, ia akan buat kita tersenyum. Dengan berasa marah, ia akan buat kita bermasam muka pada hari itu.

Dengan merasakan perasaan yang mendalam untuk impian kita, ia ibarat salah satu bentuk doa untuk mempercepat pemakbulan impian kita. Justeru, penting menjaga apa yang kita rasa.

#3 – Apa Yang Kita Fikir

“A man is what he thinks about all day long.”
Ralph Waldo Emerson
Apa yang kita difikirkan tentang kita pada seharian itu, itulah diri kita. Andai kita memikirkan perkara-perkara yang positif, InsyaAllah kita akan menjadi positif. Apabila kita memikirkan perkara-perkara negatif, InsyaAllah kita turut akan menjadi negatif.

Pasakkan minda kita supaya sentiasa memikirkan perkara positif supaya hasil yang kita dapat adalah positif.

#4 – Visualisasi

Kuasa visualisasi telah disahkan berkesan untuk menarik impian dalam hidup. Ia adalah teknik yang mempercepatkan potensi pencapaian impian. Kesannya boleh terjadi dalam masa 1 hari dan sehinggalah mengambil masa beberapa tahun.

Allah s.w.t lebih mengetahui untuk memakbulkan permintaan kita. Dia akan memberikan apa yang kita perlu berbanding apa yang kita mahu. Seandainya apa yang kita visualkan tidak dapat, InsyaAllah Allah percayalah ada ganti yang lebih baik.

#5 – Tulis

Ada sebuah buku berbahasa Indonesia bertajuk The Magic of Dream Book karya Rangga Umara. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki yang rajin menulis impian dalam sebuah buku. Antara review daripada pembaca tentang buku ini di laman web Good Reads .

Buku ini menceritakan kisah perjuangan Rangga Umara bersama Dream Booknya untuk menjadi seorang pengusaha.

Berbekal keyakinan dan berbagai macam impian yang dituliskannya, Dream Book, Mas Rangga Umara saat ini sudah cukup sukses menjadi seorang pengusaha. Usaha Pecel Lele miliknya yang dulu sering dipandang sebelah mata oleh banyak orang, kini mempunyai omset lebih dari 1 Milyar tiap bulannya.

Satu hal lagi, buku ini tidak (hanya) dipersembahkan buat anda yang ingin memulai berwirausaha tetapi juga buat anda yang percaya akan kekuatan sebuah mimpi dan cita-cita.

Cara Untuk Allah Makbulkan Doa Kita

Tips bonus yang akan membuat doa kita dipandang Allah, adalah apabila kita banyakkan mendoakan orang lain.

Daripada Abu Darda’ r.a bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya :

“ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.”

Riwayat Muslim
Kesan mendapat doa daripada malaikat boleh dilihat dalam surah Al Anfal ayat 9. Bagaimana Allah mendatangkan malaikat yang beribu kepada 313 orang Islam untuk membantu mereka untuk menang perang Badar ketika berhadapan 1,000 orang tentera musyrik.

Ada pelbagai bentuk untuk kita berdoa kepada Allah. Ia tidak terikat dengan hanya berdoa secara angkat tangan selepas solat.

Sebaiknya aktiviti berdoa dilakukan bila-bila masa walaupun di luar solat. Malah, ianya haruslah selalu. Sentiasalah mengrefleksikan pengharapan dan sandaran kita kepada Allah dalam tiap perkara yang dibuat.

- spread luve-

Friday, February 20, 2015

its new me..insyaallah..alhamdulillah..

Assalamualaikum.
its me. setelah apa yang terjadi dalam hidup ini, aku mohon aku tabah.ya allah kuakan hati ku ini untuk redha kan segalanya. terima kasih atas dugaan2 yang telah engkau berikan dan membuat kan aku lebih matang dan terima kasih atas hidayah mu Ya Allah.. aku berusaha ke arah itu..alhamdulillah. one fine day..or so soon i will..tq Allah.


really2 love this writing from Group Tudung Labuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kenapa Islam Wajibkan Muslimah Berstoking
Terfikir2 juga kenapa perempuan mesti berstoking sedangkan benda tu aurat yang selalu tersembunyi dalam kasut. Pentingnya kaki pada perempuan. Saya ambil beberapa fakta dari pembacaan journal sains yang dikaitkan dengan kaki wanita yang ada kaitan dengan physiology tubuh. Wallahualam
First sekali, warna tumit. Ianya berkaitan dengan sistem kitaran haid wanita. Lelaki boleh tahu wanita tu subur atau tak dengan hanya tengok tumit. Yes. Ianya memang betul. Tumit yang kemerah merahan adalah tanda wanita dalam waktu subur, ataupun lepas saja dari haid, waktu yg sangat subur nak buat baby baru. Hehe. So bahaya juga kalau nak diguna pedajal oleh lelaki
Kedua, warna betis. Warna betis adalah mimik warna kemaluan wanita. Dan peratusannya lebih 90%. Jadinya lelaki boleh mengagak 'karakter kemaluan' seseorang perempuan bagaimana dengan hanya tengok warna betis sahaja
Ketiga, saiz kaki wanita. Selalunya saiz kaki yang kurang dari 7 adalah melambang kecilnya pinggang dan saiz rahim dia. Selalunya bawah saiz 7 akan alami kesukaran nak bersalin sebab kecik saiz pinggang dan kemaluan. Selalunya kene buat pembedahan. Selalunya, tak semua..jadinya point ni leh dijadikan bahan untuk jenaka dan aib
Dari kaki saja, kami orang lelaki boleh tahu semuanya dari paras bawah pinggang anda wahai wanita. Dan boleh juga tahu wanita tu ada dara atau tak dari kemaluannya sendiri, yelah, benda yang dah terkoyak takkan mungkin jadi macam ori balik walaupun dibuat "hymen repairing" balik. Hehe
Jadinya silalah BERSTOKING kalau taknak discan. Hehe. Apa yang Allah suruh, Nabi pesan, semuanya ada sebab dan untuk maruah diri anda wahai muslimah
Kalaulah wanita dipinjamkan mata lelaki, pasti lepas tu semua wanita akan berhijab tebal dan duduk rumah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
insyaallah..
dugaan untuk kita berubah itu besar,aku sendiri telah rasainya.bila aku ingin berubah mesti semua kaitkan aku dengan lelaki.
ya allah besar betul dugaan tuh.tapi alhamdulillah kerana lelaki itu lah aku cuba muhasabah diri dan aku nmpk sikit sinar hidayah allah..aku tak menyesal die reject aku dan memilih gadis yg muslimah. aku syukur sangat kerana ade sedikit waktu aku pernah bersama dia dan die berjaya untuk menyedarkan aku tentang suatu perkara iaitu aurat. ok la sampi sini shj..insyaallah ade lagi coretan2 hati ini yang akan ku betulkan jalannya..insyaallah..allahumma amiin.

spread luve~